Jurulatih negara, B Sathianathan, berkata Helmi antara pemain skuad Piala AFF yang tidak dipanggil selain pemain Selangor, Mohd Asraruddin Putra Omar dalam persiapan untuk menghadapi kempen kelayakan Piala Asia 2011 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE), 21 Januari ini.
“Helmi tidak beraksi dengan baik bersama Kedah setakat ini, tapi saya anggap turun naik prestasi yang dialaminya perkara biasa kerana penjaga gol hebat seperti R Arumugam dan Rashid Hassan juga pernah menghadapinya.
“Syamsuri mempamerkan persembahan yang baik, begitu juga dengan Adney yang menyelamatkan penalti ketika beraksi dengan UPB MyTeam. Saya berhubung dengan jurulatih Perlis, Irfan Bakti dan dia memaklumkan Farizal bermain dengan baik ketika ini,” kata Sathianathan.
Mereka antara 27 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan. Antara bekas pemain kebangsaan yang dipanggil semula ialah Mohd Fauzie Nan, Rosdi Talib dan Mohd Marzuki Yusof.
Skuad negara mempunyai masa lima hari untuk menjalani persiapan sebelum bertemu UAE yang menduduki ranking ke-110 dunia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. UAE, Malaysia dan Uzbekistan berada dalam Kumpulan C.
“Saya harap pemain yang dipanggil memastikan mereka sentiasa cergas. Mereka juga perlu hadir dengan penuh yakin dan tidak gentar dengan reputasi tinggi UAE.
“Mereka tidak sepatutnya mengaku kalah sebelum perlawanan sebaliknya perlu bertekad untuk mengutip tiga mata,” katanya.
Semua pemain dipanggil beraksi dalam Liga Super kecuali Syamsuri, Rosdi dan Hairuddin Omar yang menyarung jersi kelab Liga Perdana, T-Team Terengganu.
Setiap pasukan yang beraksi di kempen kelayakan ini dibenarkan menyenaraikan 18 pemain saja untuk sesuatu perlawanan.




0 comments:
Post a Comment