BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 7, 2009

Dulu Treble Sekarang Trouble??



KEDAH terpaksa menerima hakikat betapa prestasi dan keyakinan penjaga golnya, Mohd Helmi Eliza kian dipersoalkan apabila dia melepaskan tiga gol bagi membolehkan Negeri Sembilan melebarkan lagi rekod kemenangannya dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Pada perlawanan pembuka tirai, Sabtu lalu, Kedah tewas kepada Selangor yang pasukan itu menyifatkan prestasi tidak menentu Helmi ketika saingan Piala AFF, antara faktor kekalahan.

Negeri Sembilan nyata berjaya mengambil peluang di atas kelemahan pemain berkenaan apabila bekas kapten kebangsaan, Mohd Shukor Adan membuka tirai jaringan tuan rumah menerusi tandukan hasil hantaran lencong, Rezal Zambery Yahya pada m ke-33.

Jaringan itu nyata menyentap anak buah Azrai Khor Abdullah yang bertandang dengan hasrat untuk memadam luka lama dengan harapan sekurang-kurang satu mata namun anak didik Wan Jamak Wan Hassan terus mempamerkan semangat juang untuk merealisasikan kemenangan.

*sumber-harian metro

0 comments:

Related Posts with Thumbnails