BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 4, 2009

Keluhan suami isteri

Keluhan seorang SUAMI:

Subuh, mandi nak pergi kerja.
Pagi, naik kereta pergi kerja.
Tengahari, tak payah kerja.
Petang, balik kerja.
Maghrib, tak ada kerja.
Malam, tanya bini bole kerja.
Bangun pagi, penat malam tadi kerja.
Tak sudah-sudah dengan kerja.

Keluhan seorang ISTERI:

Subuh basuh kain.
Pagi sidai kain.
Tengahari angkat kain.
Petang lipat kain.
Maghrib susun kain.
Malam BUKA KAIN.
Bangun pagi, hilang kain.
Tak sudah-sudah dengan kain……..

Wednesday, October 21, 2009

Bagaimana hendak kita mengenal kecelaan diri sendiri?

Bagaimana hendak kita mengenal kecelaan diri sendiri?

Di sini ketahuilah bahawa allah SWT apabila berkehendak kebaikan pada hamba-hambanya,nescaya diperlihatkannya kekurangan dan kecelaan diri hambanya,iaitu manusia.Siapa yang penglihatan mata hatinya tembus,nescaya tidak tesembunyi segala kecelaan pada dirinya.Maka apabila ia mengetahui kekurangan dan kecelaannya nescaya mudahlah baginya mengubat kecelaan-kecelaan penyakit-penyakit hati.

Akan tetapi kebanyakan manusia jarang sekali dapat melihat kecelaan dan keaiban dirinya sendiri malah kecelaan dan keaiban yang ada pada orang lain itu baginya adalah lebih terang dan nyata.Kalau begitu amatlah sukar untuknya mengubat dan membaiki kecelaan yang melekat pada dirinya.Maka kerana itu Imam Al Ghazali menunjukkan jalan-jalan bagaimana dapat mengenal kecelaan dan keaiban diri iaitu dengan empat cara.

1) BERGURU DENGAN GURU YANG MURSYID
2) BERTEMAN SAHABAT YANG SOLEH
3) MENDENGAR KATA MUSUH
4) BERGAUL DENGAN MASYARAKAT


Gadis Melayu menari lucah di atas meja, minum arak di khalayak ramai di sebuah kelab di KL Sentral mengikut laporan Kosmo semalam.
Kelab tersebut juga dengan selamba melakukan operasi sehingga jam 5 pagi. Apa nak jadi ?
Bukan penari lucah ini sahaja malah pengunjungnya pun rata-rata adalah Melayu. Malunya muka aku kerana mereka berkulit sawo matang dan hidung tidak berapa nak mancung yang jelas menunjukkan acuan mereka adalah Melayu. Semakin dikesalkan ialah Melayu yang disamakan dengan Islam sedangkan perbuatan mereka jelas menghina Islam.
Semoga Allah menunjukkan mereka jalan yang benar dan sempat bertaubat.

Ada Orang Sayang Awak

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.....

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.....

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.

Kalimah Al-Quran di kulit bayi


Info diblog UNTUK SESAMA INSAN

Friday, October 16, 2009

Ini la sebab handset dilarang bawa ke sekolah


Image Hosted by ImageShack.us

erti persahabatan


apa yg penting? kerjasama...!! :-P

yeyeh....perak tak pergi ke suku akhir piala malaysia...



yeah....2 yg ku mahu sejak dari mula piala malaysia lg....hahaha..... akirnya tcapai jgk hajat ku... bukan sbb ku boikot perak atau xsuka perak... tapi sbb gugurnya jurulatih perak... hahahaha...
xtau la nape ku xsuka sgt ngan dia? ku pun xtau... sejak dari mula ku dpt tau dia ni jurulatih perak... ku cam rasa palat je... bukan sbb player muda... tapi sbb dia je ku rasa cam 2...heheheh...
pe2 pun dia dh xjd jurulatih perak season dpn... n harap2 next season dpt le cari coach yg ok skit... at least yg tau menilai bakat2 player muda ni... senang kit nk asah... mudah2an cam 2 la... amin....

sori 2 say, YOUR FIRED!!!


P/s: skali je aku g stadium tgok perak lawan season 2009.(rekod yg teruk) Selangor 3 vs perak 1

Dari hati teman - Mamat Khalid

Mamat Khalid wrote at Facebook - > yob4ever

mula2 deme nyebut grup yob4ever ni teman masih ingat beno. masa tu teman tgh sakit gigi. betambah sakit rasanya bila nenguk wakilnya si jambesor datang mcm pegawai perangkaan dtg nak buat banci.

teman skeptikal. org perak mana reti bersatu. semuanya handei2 hidup sendiri. cari makan sendiri. hidup jegela tak sior peduli saper pun. mulut besyior lawyer yg burok. taunya mengataaaaaa je org perak ni. (mana taknya, filem pertama teman pun dalam malaymail mengata bunuh2an karya teman tu oleh org perak. meor pun lagi. dia le yg buat citer main2 cinta tu)

kalau sorang gi mancin. kalau bedua ngata si polan. kalau berempat sembang bawah pokok boleh gulinkan gomen!

tapi (melayu byk tapinya) tapi bila teman campor dgn mengkomer ahli yob4ever ni, teman mula diam. rupanya ramei beno perangei elok prg perak yg teman tak tau ujud lagi. pakat beno. hormat sesama komer. kuat kepala keluarga (ada sekor tu kulu kelior dukung anak) dan ugama tak lari dlm hati.

kerana becampor dgn komer baru le abg paham. org perak memang besatu (teman je tak reti sbb teman rasa diri teman warga peranchis kut), sememangnya handei2 cari makan di tempat orang, hidup memang jegela suka melawak bila bekumpui. ada je yg menjentik buat lawak (majoriti pelawak mmg dari perak pun). memang gemor mengata tapi ngata org perak bukan ngata bawak padah. saja mulut kita jelebor gamaknya.

nak gulingkan gomen tu org perak ni omputih pun berani kita munuh kan? politik ni je teman tak beberapa nak stadi sbb teman golongan wali2 langit ni memang tak lut pun dgn hakisan politik.

teman harap beno le kalau boleh grup ni di kembangkan lagi dgn adanya warga yob bukan melayu. baru le kita benor2 dapat me4everkan harapan kita menjadi grup yg bermakna bukan saja dlm arena sukan mahupun dlm arena dunia. dgn niat hati semulajadi org perak, kita mampu.

itu org perak pada hati teman.
www.yob4ever.com

malas+bezy......


adui....malasnya nk update blog....banyak keje la...assingment, quiz, nk final lg.... adui....tension2!!!

Monday, October 12, 2009

Perodua MPV

Ini ke Perodua MPV yang dikatakan akan dilancarkan pada bulan November ni? Bentuk macam Viva jer.
Lain-lain gambar Perodua MPV di blog HOT PICTURES COLLECTION

Kena tindih masa tidur

TV kita sibuk cerita hantu pada malam Jumaat..kebetulan saya mendapat artikel melalui email group saya pasal kisah seram yang sebenarnya jika dikaji dengan sains tak seram langsung.

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender pelik-pelik (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ....
kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu....aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar....boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar....tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer.....

BACA ARTIKEL PENUH

Air mata Nabi Adam A.S

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Wallahualam..

Surat cinta seorang rocker....kikikiki....

Salam,

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar,
Rockersejati

Monday, September 28, 2009

Anak Norlia Ghani maut jatuh pangsapuri

Anak pelakon veteran, Norlia Ghani, Edi Rizal Ramli, 32, maut kerana terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Jalan Gurney di sini selepas bertindak nekad memanjat balkoni bagi membantu menangkap pencuri yang dipercayai memecah masuk rumah jirannya, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, Edi yang juga adik kepada pelakon Rusdi Ramli, bergegas ke tingkat tujuh Pangsapuri Pangsa Murni Titiwangsa sebaik diberitahu ada seorang pencuri bersembunyi dalam sebuah rumah kosong di situ selepas memecah masuk kediaman lain di tingkat lapan.

Menurut saksi yang menyaksikan kejadian tersebut, Edi sambil memegang kayu hoki memanjat balkoni rumah itu apabila mendapati pintunya berkunci. Namun malang tidak berbau apabila Edi tergelincir sebelum terjatuh. Dalam keadaan kelam kabut itu, pencuri sempat melarikan diri.

Edi yang cedera teruk di kepala dan beberapa bahagian badan dikejarkan beberapa jirannya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), tetapi meninggal dunia tidak lama selepas mendapat rawatan.

Related Posts with Thumbnails