Anak pelakon veteran, Norlia Ghani, Edi Rizal Ramli, 32, maut kerana terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Jalan Gurney di sini selepas bertindak nekad memanjat balkoni bagi membantu menangkap pencuri yang dipercayai memecah masuk rumah jirannya, semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, Edi yang juga adik kepada pelakon Rusdi Ramli, bergegas ke tingkat tujuh Pangsapuri Pangsa Murni Titiwangsa sebaik diberitahu ada seorang pencuri bersembunyi dalam sebuah rumah kosong di situ selepas memecah masuk kediaman lain di tingkat lapan.
Menurut saksi yang menyaksikan kejadian tersebut, Edi sambil memegang kayu hoki memanjat balkoni rumah itu apabila mendapati pintunya berkunci. Namun malang tidak berbau apabila Edi tergelincir sebelum terjatuh. Dalam keadaan kelam kabut itu, pencuri sempat melarikan diri.
Edi yang cedera teruk di kepala dan beberapa bahagian badan dikejarkan beberapa jirannya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), tetapi meninggal dunia tidak lama selepas mendapat rawatan.





0 comments:
Post a Comment